WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden digesa untuk menghentikan penjualan senjata kepada Israel. Gesaan itu disuarakan oleh segelintir senator berhaluan kiri yang menuduh AS memainkan peranan penting dalam kekejaman perang di Gaza. Empat senator tersebut mengadakan sidang akhbar, menjelang pengundian mengenai resolusi yang mengecam penjualan senjata AS kepada Israel. Namun, langkah itu dijangka gagal memandangkan ramai penggubal undang-undang AS menyokong kuat Israel. Wakil Vermont memberitahu pemberita, apa yang berlaku di Gaza hari ini adalah sesuatu yang tidak dapat diungkapkan, khususnya kematian puluhan ribu orang awam di wilayah Palestin serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya