Berhenti tunding jari kepada orang lain- Tunku Mahkota Ismail

Berhenti tunding jari kepada orang lain- Tunku Mahkota Ismail

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua kelab Liga Malaysia (Liga M) disarankan untuk berhenti menyalahkan pihak lain apabila pasukan sendiri berdepan masalah akibat pengurusan tidak betul.

Peringatan itu disuarakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada kelab-kelab yang berbelanja melebihi kemampuan mereka sendiri sehingga akhirnya berdepan masalah tunggakan gaji.

Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata sudah tiba masanya pasukan-pasukan ‘bermasalah’ berhenti menunding jari kepada badan induk bola sepak negara serta Liga Bolasepak Malaysia (MFL) apabila berdepan isu tunggakan gaji dan sebagainya.

Sebaliknya, menjadi pihak pengurusan yang bertanggungjawab di atas ‘bencana’ yang dicipta sendiri dalam menguruskan pasukan bola sepak dan berhenti menjadikan sasaran memenangi piala sebagai ‘manisan’ kepada penyokong masing-masing.

“Simple(mudah) nak manage(urus) kelab ada 10 ringgit belanja 7 ringgit, perbaiki infrastruktur sikit. Ada sasaran realistik.

“Ini tidak semua janji menang Piala nak jadi ‘populist’. Ada 10 ringgit belanja 15 ringgit lepas itu apabila gagal bayar gaji, dari pihak pengurusan hingga ke penyokong semua salahkan badan induk FAM, Liga MFL dan pasukan juara JDT.

“Semua orang salah kecuali diri sendiri. Malaysia Football (bolasepak Malaysia) tidak fail (gagal) ‘You Failed! (awak gagal)’,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Kelmarin, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan bahawa bola sepak Malaysia sebenarnya tidak gagal.

Sebaliknya, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak JDT menganggap individu yang berada dalam bola sepak yang gagal menguruskan pasukan kepada standard diharapkan.

Tunku Mahkota Ismail berkata, kadangkala sukar untuk difahami kenapa sesetengah pihak menganggap bola sepak Malaysia sebagai gagal sedangkan JDT sudah berkembang menjadi pasukan nombor satu di Asia Tenggara dan keenam di Asia berdasarkan Opta Power Rankings.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya