LONDON: Bekas Timbalan Perdana Menteri United Kingdom (UK), John Prescott meninggal dunia pada usia 86 tahun, hari ini.
Keluarga mendiang memaklumkan Prescott meninggal dunia dalam keadaan tenang dengan iringan bunyi muzik jazz di rumah jagaannya.
Prescott yang menghidap alzheimer berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri UK sejak 1997 hingga 2007.
Bekas aktivis kesatuan sekerja itu berkhidmat dalam kerajaan Tony Blair selama 10 tahun, dan memegang kerusi Kingston Upon Hull East di Parlimen, selama hampir 40 tahun.
Blair berkata, dirinya ‘berdukacita’ dengan kematian bekas timbalannya, manakala, Perdana Menteri, Keir Starmer melabelkan mendiang sebagai ‘gergasi sebenar pergerakan Buruh’ yang akan dikenang kerana keyakinan, keberanian dan kekuatan wataknya. -BBC