Bekas pengurus kanan syarikat ditahan, tuntutan palsu bernilai RM2 juta

Bekas pengurus kanan syarikat ditahan, tuntutan palsu bernilai RM2 juta

SEORANG bekas pengurus kanan kejuruteraan sebuah syarikat pengeluaran barang keperluan asas ditahan reman SPRM di Mahkamah Majistret, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang bekas pengurus kanan kejuruteraan sebuah syarikat pengeluaran barang keperluan asas ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu dan penipuan bernilai kira-kira RM2 juta.

Perintah reman selama empat hari sehingga 16 November ini dikeluarkan oleh Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an dipercayai ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2019 sehingga tahun ini.

“Suspek disyaki terlibat dan bersubahat untuk memohon serta meluluskan tuntutan palsu syarikat kenalan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan serta menyeleweng wang syarikat.

“Ia dengan memberikan maklumat dalaman kepada syarikat kenalan tersebut mengenai harga-harga pembida syarikat lain,” katanya hari ini.

Katanya, suspek juga dipercayai menipu syarikat tempat dia bekerja dengan menyalurkan maklumat mengenai keperluan perolehan kerja-kerja pembaikan mesin pengeluaran barangan asas yang melibatkan jumlah kira-kira RM2 juta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya