Beberapa negeri di AS tolak pemantau pilihan raya

Beberapa negeri di AS tolak pemantau pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) yang dipimpin Republikan bertekad menghalang pemantau pilihan raya dari Jabatan Kehakiman (DOJ) memasuki pusat mengundi semasa pilihan raya.

Tindakan itu sebagai tindak balas terhadap amalan sejak puluhan tahun pihak berkuasa Persekutuan untuk memantau sebarang pelanggaran undang-undang pengundian.

Pegawai di Florida dan Texas menyatakan pihaknya tidak akan membenarkan pemantau pilihan raya Persekutuan memasuki pusat mengundi, hari ini.

Isnin lalu, Missouri memfailkan tuntutan mahkamah persekutuan bagi mendapatkan perintah untuk menghalang pegawai persekutuan daripada memerhati di dalam tempat mengundi.

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman mengumumkan akan menghantar pemantau pilihan raya ke 86 kawasan di 27 negeri pada hari pilihan raya.

Namun, jabatan itu enggan mengulas mengenai tuntutan mahkamah Missouri serta tindakan oleh negeri-negeri pimpinan Republikan yang lain.

Pertarungan antara calon Demokrat, Kamala Harris dan calon Republikan, Donald Trump kini sengit, dan kedua-dua pihak bersiap sedia untuk kemungkinan cabaran undang-undang terhadap keputusan undi.

Pemantauan pilihan raya DOJ, yang sudah lama menjadi amalan di bawah pentadbiran Demokrat dan Republikan, bertujuan untuk memastikan hak pengundian Persekutuan dipatuhi.

Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan pada Isnin, Setiausaha Negeri Missouri, Jay Ashcroft, berkata, undang-undang negeri ‘dengan jelas dan khusus mengehadkan siapa yang boleh berada di tempat mengundi.’

Beliau turut menuduh kerajaan Persekutuan cuba ‘campur tangan secara tidak sah dalam pilihan raya Missouri.’

Tuntutan itu menyatakan undang-undang Missouri ‘membenarkan hanya kategori tertentu untuk berada di lokasi pengundian seperti pengundi, kanak-kanak yang menemani pengundi, pekerja pusat pengundian dan hakim pilihan raya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya