Bapa Luqman Hakim meninggal dunia

Bapa Luqman Hakim meninggal dunia

BAPA Luqman Hakim, Shamsudin Mahmood (dua dari kiri) menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.30 petang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain YSCC Yokohama, Luqman Hakim Shamsudin menerima khabar duka apabila bapanya, Shamsudin Mahmood meninggal dunia, tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan oleh Luqman menerusi laman sosial Instagram miliknya, yang meminta orang ramai menghadiahkan Al-Fatihah kepada bapanya.

“Assalamualaikum. Innalillahiwainnalillahirajiun. Ayah saya, Shamsudin Mahmood kembali ke rahmatullah pada hari ini, Ahad 3/11/2024 pukul 13.30 petang tadi. Al-Fatihah,” kata Luqman dalam Instagram miliknya.

Pemain kelahiran Kelantan itu kini bersama kelab Jepun dan berkemungkinan akan memohon untuk meneruskan status pinjaman dengan kelab lain di Eropah hingga pertengahan musim.

Untuk rekod, Luqman muncul pemain tempatan pertama membuat kemunculan semula di Liga Utama Eropah apabila beraksi untuk KV Kortrijk dalam saingan Belgium Pro League. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya