BAM terima 'suntikan' Kumpulan Affin sehingga 2027

BAM terima ‘suntikan’ Kumpulan Affin sehingga 2027

PEMANGKU Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V. Subramaniam (tiga dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CE0) Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali serta pemain badminton negara pada majlis penajaan di Menara Affin, hari ini. - IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Affin memeterai perjanjian penajaan baharu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam usaha untuk memajukan sukan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, Affin akan terus menyokong gagasan BAM, bermula daripada peringkat pembangunan bakat muda sehingga peringkat senior dengan jumlah penajaan bernilai jutaan ringgit.

“Nilai wang tajaan ini akan disalurkan terus kepada BAM dan tidak melibatkan tajaan kepada individu. Jumlahnya mencecah jutaan ringgit.

“Kami berharap dengan tajaan ini, kami (Affin) dapat menaikkan mutu pasukan negara ke peringkat yang lebih tinggi,” kata Wan Razly kepada pemberita ketika sidang akhbar pada majlis penajaan berkenaan di Menara Affin, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Razly memaklumkan bahawa perjanjian itu juga menyaksikan pemain badminton negara akan menerima bantuan Affin dalam aspek pengurusan kewangan yang lebih mampan dan cekap.

“Kita membantu mempersiapkan mereka untuk kehidupan selepas badminton (persaraan). Ini adalah selaras dengan permintaan BAM untuk melihat bagaimana mereka ini meneruskan kehidupan selepas tidak bergelar pemain negara,” katanya lagi.

BAM bersama Kumpulan Affin mengumumkan kerjasama selama tiga tahun bermula 1 Disember ini sehingga 30 November 2027.

Kumpulan Affin turut menyokong latihan dan pembangunan pemain kebangsaan untuk bersaing di kejohanan antarabangsa termasuk, Sukan SEA Thailand 2025, Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China, Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark dan Sukan SEA Sarawak 2027. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya