Bali batal penerbangan akibat ancaman gunung berapi

Bali batal penerbangan akibat ancaman gunung berapi

Residents watch the eruption of Mount Lewotobi Laki Laki from Eputobi village in Titihena, East Nusa Tenggara, on November 8, 2024. (Photo by Bayu ISMOYO and ARNOLD WELIANTO / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Beberapa penerbangan menghala ke Bali terpaksa dibatalkan berikutan asap tebal dan debu berbahaya dari gunung berapi berhampiran menyelubungi ruang udara pulau percutian itu.

Syarikat Qantas, Jetstar dan Virgin Australia menasihatkan penumpang tentang gangguan jadual penerbangan, memberi amaran abu dari Gunung Lewotobi Laki-laki menyebabkan keadaan tidak selamat untuk pesawat terbang.

Gunung berapi itu memuntahkan tiang abu sepanjang sembilan kilometer ke langit pada hujung minggu, seminggu selepas letusan besar mengorbankan 10 orang.

Biro Meteorologi Australia turut memberi amaran abu gunung berapi tersebut mungkin merebak ke bahagian utara negara itu.

Jetstar berkata, semua penerbangan ke arah dan dari Bali sejak pagi semalam sudah dibatalkan. 

Beberapa syarikat  lain turut membatalkan penerbangan serupa termasuk Cathay Pacific Hong Kong, IndiGo India dan syarikat penerbangan Malaysia, AirAsia.

“Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami dan pasukan meteorologi kami memantau keadaan dengan teliti, ” kata jurucakap Virgin Australia yang turut membuat keputusan serupa.

Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Bali, Ahmad Syaugi Shahab memaklumkan, sebanyak 22 penerbangan antarabangsa dan 12 penerbangan domestik  terjejas semalam akibat letusan gunung berapi itu.

Banyak aktiviti di Indonesia juga terjejas akibat abu gunung berapi tersebut.

Festival jazz di pekan Labuan Bajo, kira-kira 600 kilometer dari Gunung Lewotobi Laki-laki terpaksa ditunda ke tahun depan kerana isu keselamatan.

Indonesia mempunyai kira-kira 130 gunung berapi aktif dan letusannya sering mengganggu penerbangan. 

Mei lalu, letusan di Gunung Ruang memaksa penutupan beberapa lapangan terbang dengan abu merebak ke Malaysia dan ribuan penduduk dipindahkan akibat ancaman tsunami.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya