WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mempertingkatkan keselamatan pada hari pengundian Pemilihan Presiden 2024 bagi menghadapi kemungkinan kekacauan awam, penipuan dan ancaman keganasan terhadap petugas pilihan raya. Beberapa langkah keselamatan diambil termasuk butang panik untuk pekerja pengundian, menempatkan pasukan senjata khas (SWAT) di atas bumbung dan mengerahkan ratusan anggota Pengawal Kebangsaan. Negeri Oregon, Washington dan Nevada mengaktifkan Pengawal Kebangsaan, sementara Pentagon memaklumkan sekurang-kurangnya 17 negeri menempatkan 600 anggota dalam keadaan bersiap sedia jika diperlukan. Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menubuhkan pusat kawalan pilihan raya kebangsaan di Washington untuk memantau ancaman selama 24 jam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya