AS didakwa tingkatkan ketegangan di Semenanjung Korea

AS didakwa tingkatkan ketegangan di Semenanjung Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mendakwa Amerika Syarikat (AS) sengaja meningkatkan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea. 

AS melabelkan kawasan itu kini menghadapi risiko perang nuklear paling serius dalam sejarah, lapor agensi berita KCNA. 

Semasa berucap di sebuah pameran ketenteraan di Pyongyang, Jong-un menegaskan pengalaman rundingan dengan Washington sebelum ini hanya membuktikan dasar ‘agresif dan bermusuhan’ AS terhadap Pyongyang.

“Belum pernah pihak yang bertelagah di Semenanjung Korea menghadapi konfrontasi yang begitu berbahaya dan serius sehingga boleh mencetuskan perang termonuklear paling dahsyat,” katanya lapor KCNA.

Ketika pentadbiran Donald Trump sebagai Presiden AS, beliau dan Jong-un mengadakan tiga pertemuan bersejarah di Singapura, Hanoi, dan sempadan Korea pada 2018 dan 2019.

Namun, rundingan itu gagal mencapai hasil konkrit disebabkan perbezaan pendirian kerana AS menuntut Korea Utara menghentikan program nuklearnya, manakala Jong-un meminta sekatan ekonomi terhadap negaranya ditamatkan.

Trump sebelum ini memuji hubungannya dengan Jong-un, mendakwa hubungan baik mereka berjaya mengelakkan perang nuklear yang boleh mengorbankan jutaan nyawa. 

Jong-un menyeru pembangunan senjata terkini yang lebih moden dan menegaskan usaha untuk memperkukuh keupayaan pertahanan Korea Utara akan terus dipertingkatkan bagi mengukuhkan kedudukan strategik negara itu.

Pameran yang dinamakan Defence Development Exhibition itu mempamerkan pelbagai jenis senjata strategik dan taktikal.

Ucapan terbaharu Kim dibuat ketika kritikan antarabangsa terhadap kerjasama ketenteraan yang semakin mendalam antara Pyongyang dan Moscow.

Korea Utara dilaporkan menghantar lebih 10,000 tenteranya ke Russia untuk menyokong perang di Ukraine.

Minggu lalu, Jong-un menggesa angkatan tenteranya meningkatkan kemampuan menghadapi peperangan serta menuduh AS dan sekutunya sebagai pencetus ketegangan sehingga ke tahap terburuk dalam sejarah.

AS malah melabelkan Semenanjung Korea sebagai kawasan konflik paling panas di dunia. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya