WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memaklumkan Israel bersetuju untuk membuka satu lagi laluan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, ekoran tekanan Washington menetapkan tarikh akhir, minggu depan. Sebelum ini, Setiausaha Negara, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin memberi Israel tempoh sehingga 13 November depan, untuk memperbaiki situasi kemanusiaan di Gaza atau berisiko hilang sebahagian bantuan ketenteraan dari AS. Tuntutan tersebut dibuat menerusi satu surat sebelum Pilihan Raya AS, yang menyaksikan Donald Trump sekali lagi dipilih sebagai Presiden. Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller berkata, selepas membuka semula laluan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya