AMD Dream tekad tewaskan juara bertahan

AMD Dream tekad tewaskan juara bertahan

AKSI Pemain AMD Dream ketika menentang pasukan dari Jepun,Fagiano Okayama dalam saingan bawah 14 tahun (B-14) Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2024, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad AMD Dream tekad meraih keputusan positif menjelang pertembungan getir menentang juara bertahan bawah 14 tahun (B-14) Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh, Buriram United.

Pengendali AMD Dream, Shahrizal Faizal Ahmad Shariffudin berkata, berdepan kelab dari Thailand itu yang merupakan juara bertahan adalah cabaran sebenar.

“Kita akan dapat lihat kemampuan pemain pada perlawanan petang esok, jadi saya memang mengharapkan keputusan positif yang mampu dijelmakan barisan pemain.

“Kemenangan pertama pada hari ini adalah motivasi penting buat pemain dan juga pasukan, masih banyak perlu diperbaiki dan saya mengharapkan permainan berkualiti serta sengit mampu dijelmakan petang esok,” katanya.

AMD Dream memulakan langkah kanan dalam saingan B-14 tahun Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh selepas tidak berdepan masalah menewaskan wakil dari kelab dari Jepun, Fagiano Okayama, 11-1.

Turut meraih keputusan positif pada perlawanan pertama yang berlangsung hari ini adalah satu lagi wakil negara iaitu AMD Future yang berjaya mengikat pasukan dari China, Evergrande Football School dengan keputusan 2-2.-UTUSAN

KEPUTUSAN HARI INI:

KATEGORI BAWAH 12
– NFDP A 5-2 SINGAPORE FA
– ASIOP ACADEMY 1-2 PATTAYA UNITED
– JDT ACADEMY 4-0 ORDOS FA
– NFDP B 11-0 CHIANGMAI FC

KATEGORI BAWAH 13
– AVISPA FUKUOKA 0-0 CHONBURI
– AMD U13 FUTURE 1-0 PVF ACADEMY
– AMD U13 DREAM 1-0 ASIOP ACADEMY
– HONG KONG FA 0-1 ZHEJIANG PFC

KATEGORI BAWAH 14
– RTC NFDP-SSBJ 0-2 BURIRAM UTD
– AMD U14 DREAM 11-1 FAGIANO OKAYAMA
– AMD U14 FUTURE 2-2 EVEGRANDE
– JDT ACADEMY 2-3 RF YOUNG CHAMP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya