Alica Schmidt 'asah' bakat di Malaysia

Alica Schmidt ‘asah’ bakat di Malaysia

PAKAR 400 meter Jerman, Alica Schmidt bakal menjalani latihan di Stadium Merdeka pada April, tahun depan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh 400 meter (m) Jerman, Alica Schmidt difahamkan akan menjalani latihan bersama skuad kebangsaan olahraga, April, tahun depan.

Latihan itu akan dijalankan menerusi kerjasama Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bersama Persatuan Olahraga Jerman (GAA) menjelang Kejohanan Lari Berganti-ganti Dunia 2025 di Guangzhou, China serta Kejohanan Olahraga Dunia 2025 di Tokyo, Jepun.

Presiden GAA, Idriss Gonschinska berkata, beliau memilih Malaysia sebagai tempat ‘persinggahan’ untuk atletnya menjalani latihan kerana mengagumi mentaliti atlet negara serta sejarah jalinan kerjasama sebelum ini.

“Kami berada dalam persiapan untuk Kejohanan Lari Berganti-ganti Dunia dan Kejohanan Olahraga Dunia. Saya mahu mencurahkan ilmu skuad Jerman kepada Malaysia. Saya suka dengan mentaliti serta sikap atlet Malaysia.

“Memang benar, Schmidt akan datang ke sini. Beliau akan membawa ‘pengikut’ beliau untuk hadir menjalani latihan di sini. Pelari pecut 100m kami, Gina Leuckenkemper juga turut hadir,” kata Idriss kepada pemberita pada sidang akhbar di sebuah hotel ibu negara, hari ini.

Idriss mendedahkan kira-kira seramai 35 atlet olahraga Jerman akan berlatih bersama skuad kebangsaan di Stadium Merdeka bermula April 2025 dan dijangka berlarutan semalam empat minggu.

PENGURUS Besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Norhayati Karim bersama Pengerusi Persatuan Olahraga Jerman (GAA), Idriss Gonschinska pada sidang akhbar, di sini, hari ini. – IHSAN KOM

Sementara itu, Idriss menaruh harapan agar kerjasama antara pihak Malaysia dan Jerman ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kedua-dua pihak dan peluang ni mampu meningkatkan prestasi atlet sekali gus membuka jalan kepada pertukaran ilmu dan pengalaman dalam sukan olahraga.

Menurutnya, beliau menolak tanggapan bahawa Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding pasukan Eropah, khususnya dalam sukan olahraga dan menegaskan bahawa atlet Asia Tenggara, termasuk Malaysia memiliki kelebihan tersendiri yang boleh dioptimumkan melalui kerjasama seperti ini.

“Saya tidak berpendapat bahawa Jerman lebih unggul. Malaysia juga pernah melahirkan atlet bertaraf dunia seperti Noraseela. Ini adalah situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak kerana kami juga sentiasa mencari peluang untuk kerjasama antarabangsa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya