PARIS: Juara Terbuka Perancis dan Wimbledon, Carlos Alcaraz gagal mara ke suku akhir Paris Master selepas kekalahannya ke atas pemain tuan rumah, Ugo Humbert 6-1, 3-6, 7-5, semalam.
Pemain No. 18 dunia itu berhasil menamatkan set pertama dalam 26 minit ketika Alcaraz bergelut untuk mencari rentaknya semula untuk bangkit di set kedua.
Bagaimanapun, Humbert yang didorong oleh penyokong tuan rumah, berjaya mengatasi Alcaraz sekali gus menjadi pemain Perancis pertama menewaskan wakil lima terbaik di Paris sejak 2019 apabila jurulatihnya, Jeremy Chardy menewaskan Daniil Medvedev pada pusingan kedua.
“Saya perlu mengucapkan tahniah kepada Humbert. Saya rasa prestasinya sangat tinggi. Anda tahu, cara dia memukul bola adalah sukar untuk dipercayai. Ia menakjubkan.
“Ia adalah gelanggang terpantas dalam Masters 1000, mungkin dalam jelajah sekarang. Mungkin gelanggang terpantas dalam 10 tahun terakhir kejohanan ini. Saya bermain gelanggang tertutup Piala Davis, dan gelanggang itu jauh lebih perlahan dalam gelanggang ini,” kata Alcaraz.
Sementara itu, pilihan ketiga, Alexander Zverev berjaya menyingkirkan pemain tuan rumah, Arthur Fils 6-4, 3-6, 6-3 selepas bangkit daripada set kedua untuk mengatur pertemuan dengan Stefanos Tsitsipas.
Tsitsipas selaku pilihan ke-10 turut bangkit semula selepas bergelut pada set pertama untuk menumbangkan pemain Argentina, Francisco Cerundolo 6-7(1), 6-4, 6-2.
Dalam pada itu, pilihan kesembilan, Alex de Minaur juga berjaya bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan pemain Britain, Jack Draper, 5-7, 6-2, 6-3. – AGENSI