Aaron-Wooi Yik bangkit atasi halangan pertama

Aaron-Wooi Yik bangkit atasi halangan pertama

AARON Chia-Soh Wooi Yik menewaskan pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, 21-15, 17-21, 9-21 pada perlawanan pusingan pertama Masters Jepun di Gimnasium Wilayah Kumamoto, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semangat Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semakin membara apabila bangkit untuk mara ke pusingan kedua Masters Jepun 2024, sebentar tadi.

Pada aksi di Gimnasium Wilayah Kumamoto itu, beregu utama lelaki negara terbabit berjaya menewaskan pasangan Denmark Daniel, Lundgaard-Mads Vestergaard dalam permainan rubber set 21-15, 17-21, 9-21.

Juara Korea Masters 2024 minggu lalu itu, akan mengaturkan pertemuan dengan gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin, esok.

Pasangan Taiwan itu mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan profesional negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong dalam permainan straight set, 14-21, 19-21.

Sementara itu, beregu profesional wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien terpaksa pulang awal apabila akur dengan pasangan tuan rumah.

Vivian-Chiew Sien tewas menerusi permainan straight set 21-17, 21-16 kepada Kaho Osawa-Mai Tanabe dalam tempoh 45 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya