CAROLINA: Pihak polis kini sedang giat memburu 43 monyet yang melarikan diri dari kemudahan penyelidikan di Carolina Selatan.
Kesemua monyet itu dilaporkan meloloskan diri selepas seorang penjaga membiarkan kandang haiwan itu terbuka.
Pihak berkuasa menggesa penduduk supaya menutup pintu dan tingkap di rumah serta melaporkan sekiranya terlihat monyet berkenaan.
Jabatan Polis Yemassee melaporkan monyet yang melarikan diri adalah jantina betina muda, dengan berat kira-kira 3.2 kilogram.
Jelasnya, pihak polis sudah memasang perangkap di kawasan itu dan menggunakan kamera pengimejan haba bagi mengesan haiwan terbabit.
Syarikat penyelidikan memaklumkan monyet itu masih belum diuji dan terlalu muda untuk membawa sebarang penyakit. -BBC