3,600 tentera NATO sertai latihan artileri bersama di Finland

3,600 tentera NATO sertai latihan artileri bersama di Finland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HELSINKI: Ribuan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengambil bahagian dalam latihan artileri berskala besar di Artik Finland bulan ini, yang dilihat sebagai isyarat kepada Russia berhubung perang di Ukraine.

Bunyi tembakan meriam dan artileri roket bergema di seluruh landskap bersalji dan berbukit di Lapland, apabila kira-kira 3,600 tentera dari Amerika Syarikat (AS), Sweden, United Kingdom (UK), Perancis dan anggota NATO lain menjalankan latihan sepanjang November.

Ia adalah sebahagian daripada latihan artileri terbesar NATO yang pernah diadakan di Eropah, dinamakan Dynamic Front 25, yang turut melibatkan latihan di Estonia, Jerman, Romania dan Poland dengan penyertaan keseluruhan sekitar 5,000 tentera.

Penyelidik di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Finland, Joel Linnainmaki berkata, latihan besar-besaran itu perlu dianggap sebagai mesej kepada Russia, yang berkongsi sempadan sepanjang 1,340 kilometer dengan Finland.

“Latihan NATO ini semakin bertujuan untuk menunjukkan kepada negara lain, terutama Russia, bahawa pakatan tersebut bersatu dan mampu mempertahankan anggotanya,” kata Linnainmaki.

Ia adalah gerakan berskala besar pertama yang diadakan di Finland sejak negara Nordik itu menyertai NATO tahun lepas, apabila ia meninggalkan dasar ketidakselarasan tentera selama beberapa dekad berikutan pencerobohan Russia di Ukraine pada Februari 2022.

Langkah itu menimbulkan kemarahan Moscos, yang selama ini menentang sebarang perluasan NATO.

Pengarah Latihan Dynamic Front 25 di Finland, Kolonel Janne Makitalo berkata, matlamat utama adalah untuk melatih dan membangunkan keupayaan operasi bersama di dalam unit artileri pakatan serta mempersiapkan tentera menghadapi keadaan Artik yang sukar, selepas Norway, Sweden dan Finland merupakan anggota NATO.

“Sudah tentu ini sebagai mesej bahawa kami mampu berlatih bersama dan sedang membangunkan aset.

“Artileri pada asasnya adalah raja dan permaisuri medan perang, seperti yang kita lihat daripada pengalaman tempur di Ukraine,” katanya.

Beliau turut menafikan pandangan NATO boleh mencabar Moscow dengan memperagakan kekuatan tenteranya di belakang Russia.

“Ini bukan sebarang pertunjukan kekuatan. Namun, penyertaan Finland ke dalam NATO membawa 280,000 tentera ke sayap utara NATO,” katanya.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya