28 samseng maut ditembak di Haiti - Utusan Malaysia

28 samseng maut ditembak di Haiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT-AU-PRINCE : Polis Haiti bersama kumpulan penduduk tempatan bertindak menembak mati 28 individu yang disyaki sebagai anggota samseng dalam satu operasi besar-besaran di ibu negara Port-au-Prince malam kelmarin, menurut pihak berkuasa.

Dalam insiden tersebut, kumpulan penduduk yang membentuk unit pertahanan kendiri turut terlibat membantu polis menjejaki dan memburu anggota samseng yang cuba melarikan diri.

Difahamkan, pasukan polis berjaya menghalang sebuah lori yang membawa suspek di kawasan elit Petion-Ville pada pukul 2 pagi, manakala, sebuah bas yang membawa suspek lain diberkas di pusat bandar.

Jurucakap Polis Kebangsaan Haiti, Lionel Lazarre berkata, pihaknya menembak mati 10 suspek di lokasi sebelum memburu baki suspek dengan bantuan penduduk tempatan.

“Operasi ini bertujuan membendung pengaruh kumpulan bersenjata yang menguasai hampir 80 peratus kawasan bandar ini,” katanya.

Dalam perkembangan yang menggemparkan, beberapa mayat anggota samseng dibakar di jalanan.

Tayar-tayar digunakan untuk membakar mayat-mayat tersebut sebagai tanda bantahan penduduk terhadap keganasan berkumpulan.

Insiden ini mengingatkan kembali kepada kejadian tahun lalu, apabila sekumpulan anggota samseng dibunuh dan dibakar hidup-hidup oleh penduduk di Port-au-Prince.

Sementara itu, organisasi perubatan antarabangsa, Doctors Without Borders (MSF)bmemutuskan untuk menghentikan operasi di ibu negara tersebut selepas dua pesakit yang berada dalam ambulans mereka ditembak mati oleh polis, minggu lalu.

MSF dalam kenyataan berkata ancaman serius daripada pihak polis terhadap kakitangan mereka memaksa NGO itu menggantung semua projeknya di Port-au-Prince buat sementara waktu.

Langkah MSF ini menambah tekanan kepada kerajaan Haiti yang sedang bergelut untuk memulihkan kawalan di bandar yang dikuasai geng-geng bersenjata, meskipun telah mendapat bantuan pasukan antarabangsa yang diketuai Kenya dengan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tindakan balas dendam penduduk terhadap anggota geng, yang dianggap punca utama keganasan dan kekacauan di negara itu, dilihat semakin meningkat, dengan tiada penghujung kepada konflik yang melanda. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya