26 terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza

26 terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Serangan tentera Israel di seluruh Semenanjung Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 26 rakyat Palestin ketika rejim Zionis terus memperhebatkan pengeboman di kawasan tengah wilayah itu, semalam.

Peningkatan serangan berlaku sehari selepas Israel dan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran memulakan gencatan senjata di Lubnan, sekali gus memberi harapan kepada rakyat Palestin di Gaza untuk perjanjian damai serupa dengan Hamas, yang menguasai wilayah itu.

Kempen ketenteraan Israel, yang bertujuan untuk memusnahkan pejuang Hamas susulan serangan maut kumpulan itu di selatan Israel pada 7 Oktober 2023, telah meranapkan kehidupan 2.3 juta penduduk Gaza.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sebelum ini mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah di Lubnan, dan menyatakan kesediaannya untuk memperbaharui usaha mencapai gencatan senjata di Gaza, sambil menggesa kedua-dua pihak merebut peluang tersebut.

Bagaimanapun, usaha rundingan damai yang telah berlangsung selama berbulan-bulan gagal mencapai sebarang kemajuan dan masih tergendala.

Kempen ketenteraan Israel di Gaza sejak tujuh minggu lalu, mengorbankan hampir 44,200 orang dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk wilayah itu berpindah sekurang-kurangnya sekali, menurut pegawai kesihatan Gaza.

Ketua Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata, sekurang-kurangnya 70 peratus daripada mangsa korban adalah wanita dan kanak-kanak.

Serangan semalam turut menyasarkan sebuah rumah serta kawasan berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya, Gaza utara, mengakibatkan enam maut manakala empat lagi terbunuh dalam serangan ke atas sebuah motosikal di Khan Younis, menurut pegawai perubatan.

Tentera Israel turut melaporkan operasi ketenteraan masih diteruskan untuk ‘menyerang sasaran Hamas’ di Gaza.

Di Rafah, berhampiran sempadan Mesir, kereta kebal Israel dilaporkan mara lebih jauh ke kawasan barat laut bandar tersebut, menurut penduduk setempat. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya