24 maut bot karam di perairan Madagascar - Utusan Malaysia

24 maut bot karam di perairan Madagascar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOGADISHU: Seramai 24 individu dilaporkan maut selepas dua bot karam di perairan Madagascar di Lautan Hindi, menurut kenyataan kerajaan Somalia.

Menteri Luar Somalia, Ahmed Moalim Fiqi memaklumkan seramai 46 mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian tersebut.

“Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan semua mangsa yang terselamat dapat dibawa pulang dengan selamat dan diberikan bantuan sewajarnya,” katanya.

Sebahagian besar mangsa dipercayai adalah golongan belia Somalia, namun destinasi sebenar mereka belum diketahui.

Setiap tahun, ramai belia Somalia sanggup mengambil risiko perjalanan berbahaya demi mencari peluang hidup lebih baik di luar negara.

Satu delegasi yang diketuai Duta Somalia ke Ethiopia dijadualkan berlepas ke Madagascar pada Isnin bagi menyiasat insiden tersebut serta menyelaraskan usaha membantu mangsa yang terselamat.

Sementara itu, Agensi Migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes migrasi tidak sah dari negara-negara di Afrika, berikutan konflik dan kemarau yang melanda kawasan berkenaan.

Pada April lalu, seramai 38 migran dilaporkan maut, manakala 22 lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah bot karam di perairan Djibouti, iaitu salah satu laluan popular menuju ke Yaman.

Kebanyakan mangsa merupakan warganegara Somalia dan Ethiopia.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya