23 maut bas terjunam dalam gaung di Brazil - Utusan Malaysia

23 maut bas terjunam dalam gaung di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Seramai 23 penumpang maut akibat bas yang dinaiki terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan terpencil di negeri Alagoas, Brazil, semalam.

Perkhidmatan penyelamat mengesahkan 22 mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi, wanita hamil, meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital, menurut kenyataan kerajaan negeri Alagoas.

Media tempatan melaporkan, kemalangan itu turut mencederakan ‘puluhan’ penumpang.

Bas tersebut dilaporkan membawa 40 penumpang semasa kejadian berlaku berhampiran bandar Uniao dos Palmares.

Gabenor negeri, Paulo Dantas, menerusi hantaran di platform media sosial X, mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bagi memperingati tragedi tersebut.

Bas itu dilaporkan terbabas di kawasan yang sukar diakses, terletak di kawasan pergunungan dikenali sebagai Serra da Barriga.

Hospital Mata di wilayah berkenaan enggan memberikan maklumat kepada AFP berkenaan jumlah sebenar mangsa yang maut dan cedera.

Kerajaan negeri berikrar untuk memberikan bantuan penuh kepada keluarga mangsa dan mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari.

Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya