20 maut dalam serangan udara di tengah Beirut - Utusan Malaysia

20 maut dalam serangan udara di tengah Beirut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan serangan udara Israel di tengah Beirut, kira-kira pukul 4 pagi, pada Sabtu mengorbankan 20 orang.

Letupan yang menggegarkan ibu negara itu, meninggalkan kawah yang dalam sehingga meninggalkan bau bahan letupan yang kuat selama berjam-jam di Beirut.

Insiden itu disifatkan sebagai serangan paling maut yang melanda kawasan ibu negara sejak Israel melancarkan serangan terhadap Hezbollah, September lalu.

Dalam masa sama, 13 mangsa lain terbunuh termasuk empat kanak-kanak di kampung Chimsar dan Bodai, di timur laut ibu negara di daerah Baalbek.

Di Beirut, sebuah bangunan lapan tingkat diserang dengan empat peluru berpandu, termasuk jenis penembus kubu yang direka untuk mencecah sasaran bawah tanah.

Di tapak serangan Israel di tengah Beirut, Ahli Parlimen yang mewakili Hezbollah, Amin Chirri berkata, tiada pemimpin Hezbollah yang berada di dalam bangunan yang diserang.

Israel menggunakan senjata pemusnah Bunker untuk membunuh tokoh kanan Hezbollah, termasuk pemimpin utamanya, Hassan Nasrallah dalam serangan di selatan Beirut, September lalu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya