2 maut, 12 hilang bot karam di Pulau Jeju - Utusan Malaysia

2 maut, 12 hilang bot karam di Pulau Jeju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEJU: Seramai dua orang maut dan 12 yang lain masih hilang selepas bot nelayan karam di pulau selatan Jeju, hari ini.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Geumseong, bot seberat 129 tan itu membawa 27 anak kapal yang terdiri daripada 16 warga Korea Selatan dan 11 warga asing.

Pengawal Pantai menerima panggilan kecemasan pukul 4.33 pagi yang menunjukkan bot itu karam, 24 kilometer dari Pulau Biyang di Jeju.

Daripada 27 anak kapal, seramai 15 orang berjaya diselamatkan termasuk dua orang yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.

Seramai dua lagi mangsa, kedua-duanya warga Korea Selatan, kemudian disahkan meninggal dunia.

Anak kapal yang diselamatkan melaporkan mereka sedang memindahkan tangkapan ke kapal lain, sebelum bot itu tiba-tiba terbalik dan karam.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengarahkan agensi berkaitan termasuk Pengawal Pantai serta Kementerian Pertahanan dan Lautan menggerakkan semua sumber dan kakitangan bagi menyelamatkan mangsa yang hilang.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya