16 pasukan rebut Piala Malaysia

16 pasukan rebut Piala Malaysia

KAPTEN JDT, Jordi Amat menjulang Piala Malaysia selepas menumpaskan Terengganu FC 3-1 di pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Format saingan Piala Malaysia musim ini kekal melibatkan 16 pasukan dengan majlis undian akan diadakan pada Isnin ini.

Saingan Piala Malaysia akan bermula dengan cabaran di pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir yang akan dimainkan secara timbal balik.

Bagi merancakkan saingan, tiga kelab Liga A1 Semi Pro akan menyertai kejohanan tertua di rantau Asia ini berbanding musim lalu hanya dua kelab.

Tiga kelab tersebut adalah kelab yang menduduki tangga tiga teratas saingan pusingan pertama Liga A1 Semi Pro, Melaka FC, PT Athletic FC dan Kuala Lumpur Rovers FC.

“Ketiga-tiga kelab berprestasi tinggi ini bakal berentap bersama-sama 13 kelab Liga Super lain.

“Proses undian pada musim ini menyaksikan kelab yang berada di tangga pertama hingga kelapan selepas pusingan pertama Liga Super layak secara automatik ke pusingan 16 selaku pasukan ‘seeded’.

“Sementara baki lima kelab yang berada di kedudukan kesembilan hingga 13 selepas pusingan pertama Liga Super akan diundi bersama-sama tiga kelab teratas Liga A1 Semi-Pro.

“Ini untuk menentukan lawan masing-masing bertemu pasukan ‘seeded’ dengan undian akan dijalankan secara terbuka,” kata Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan.

Mengikut perancangan awal, perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia dijangka bermula pada 20 November (tertakluk kepada perubahan).

Bagi pasukan yang tidak dapat meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir Unifi Piala Malaysia secara automatik akan bertanding di pentas MFL Challenge Cup 2024-2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya