YAOUNDE: Sebanyak 12 mayat ditemukan berikutan tanah runtuh yang melanda jalan raya di barat Cameroon, pada Sabtu.
Pegawai wilayah memaklumkan tiada harapan bagi mencari mangsa yang terselamat.
Stesen televisyen negeri, CRTV menyiarkan ucapan Gabenor wilayah Quest, Augustine Awa Fonka mengenai insiden berkenaan.
“Pada pendapat kami, tiada lagi kemungkinan bagi mencari mangsa yang terselamat,” katanya.
Beliau berkata, berpuluh-puluh lagi mangsa dilaporkan masih hilang dan usaha pencarian masih diteruskan.
Selasa lalu, dua insiden tanah runtuh melanda jalan tebing Dschang ketika pekerja kecemasan menggunakan jentera berat untuk membersihkan jalan. -AFP