KANGAR: Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, 31, mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter sekali gus memadamkan rekod 31 tahun yang dipegang G. Shanti.
Zaidatul mencatatkan masa 11.49 saat di Kejohanan Perlis Open Super Series dengan memadamkan rekod Shanti 11.50 saat yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.
Pingat perak pula dimenangi oleh Nur Afrina Batrisyia Rizal dengan catatan masa 11.91 saat diikuti Azreen Nabila Alias ketiga, 12 saat.
Untuk rekod, Zaidatul sebelum ini pernah mengatasi rekod Shanti pada 2017 menerusi catatan 11.36 saat namun atas alasan bantuan angin, catatan tersebut tidak diiktiraf. – UTUSAN