Weng Son pungut emas di Jepun %

Weng Son pungut emas di Jepun

WONG Weng Son (tengah) mengungguli acara jianshu lelaki pada Piala Dunia Taolu di Yokohama, Jepun, hari ini. - IHSAN PERSEKUTUAN WUSHU MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad wushu negara menambah koleksi pingat emas melalui Wong Weng Son dalam Piala Dunia Taolu edisi ketiga di Jepun, hari ini.

Weng Son, 32, mempamerkan persembahan mantap dalam acara jianshu lelaki dengan mengumpul 9.773 mata, mengatasi atlet Jepun yang meraih 9.766 mata manakala wakil dari Nepal pula berada di tempat ketiga dengan 9.636 mata.

TAN Cheong Ming meraih pingat perak pada acara nanquan wanita di Piala Dunia Taolu 2024, di Yokohama, Jepun, hari ini. – IHSAN PERSEKUTUAN WUSHU MALAYSIA

TAN Cheong Ming meraih pingat perak pada acara nanquan wanita di Piala Dunia Taolu 2024, di Yokohama, Jepun, hari ini. – IHSAN PERSEKUTUAN WUSHU MALAYSIA

Selain itu, Tan Cheong Min turut menyumbang pingat perak dalam acara nanquan wanita dengan 9.770 mata, di belakang atlet Indonesia yang mengutip 9.773 mata manakala wakil Hong Kong pula berada di tempat ketiga dengan 9.760 mata.

Dalam disiplin lain, Clement Ting menduduki tempat keempat dalam acara gunshu lelaki dengan 9.776 mata, manakala Sydney Chin berada di kedudukan keenam dalam acara taijijian wanita dengan 9.650 mata.

Setakat ini, kontinjen Malaysia telah mengumpul dua pingat emas, dua perak, dan dua gangsa, menandakan prestasi memberangsangkan dalam kejohanan antarabangsa tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya