Ukraine minta pelabuhan Odesa diperhati susulan serangan Rusia

Ukraine minta pelabuhan Odesa dipantau susulan serangan Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine meminta Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) menghantar misi pemantauan ke pelabuhan di wilayah selatan Odesa berikutan peningkatan serangan oleh tentera Rusia, kata Menteri Luar, Andrii Sybiha.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tentera Rusia telah meningkatkan serangan peluru berpandu ke atas infrastruktur pelabuhan di selatan Ukraine, mengakibatkan kerosakan kepada empat kapal awam berbendera asing sejak 6 Oktober lalu.

“Berikutan peningkatan keganasan oleh Rusia, Ukraine secara rasmi telah memohon kepada IMO supaya segera menghantar misi pemantauan antarabangsa ke pelabuhan-pelabuhan tersebut,” kata Sybiha pada satu taklimat di Odesa selepas bertemu dengan rakan sejawatan dari kumpulan Nordic-Baltic Eight.

Beliau menegaskan serangan Rusia terhadap infrastruktur pelabuhan, kemudahan penyimpanan bijirin, dan kapal-kapal awam menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan makanan global.

Ukraine merupakan antara negara pengeluar bijirin terbesar di dunia, dan sebelum pencerobohan Rusia pada 2022, negara itu mengeksport kira-kira enam juta tan bijirin setiap bulan melalui Laut Hitam.

Kini, sebanyak 85 peratus eksport makanan Ukraine dihantar melalui pelabuhan Laut Hitam.

Sumber insurans turut melaporkan peningkatan kos insurans serta beberapa tempahan dibatalkan selepas serangan Rusia, baru-baru ini.

Ukraine melaporkan Rusia telah melakukan hampir 60 serangan ke atas pelabuhan sepanjang tiga bulan lalu, yang mengakibatkan kerosakan serta pemusnahan hampir 300 kemudahan infrastruktur pelabuhan dan 22 kapal awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya