UK desak tindakan segera tangani krisis kemanusiaan di Gaza

UK desak tindakan segera tangani krisis kemanusiaan di Gaza

Negara-negara Islam khususnya perlu memajukan teknologi tentera dan pertahanan dalam membina kekuatan dan imbangan kestabilan kuasa dunia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan UK menggesa tindakan segera diambil bagi menangani krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, dalam satu mesyuarat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Rabu.

Wakil Tetap Britain ke PBB, Barbara Woodward berkata, UK menyokong seruan untuk mengadakan mesyuarat tergempar, dengan memberi tumpuan kepada langkah segera bagi meringankan penderitaan orang awam di rantau itu.

“Kira-kira 400,000 penduduk Gaza telah diarahkan berpindah dari utara dan bergerak ke selatan ke zon kemanusiaan yang ditetapkan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Ramai antara mereka telah kehilangan tempat tinggal, malah ada yang berulang kali, dan mereka terdesak mencari tempat perlindungan.

“Namun, tiada tempat yang selamat di Gaza. Minggu ini sahaja, kita menyaksikan imej yang mengerikan susulan serangan Israel terhadap Hospital Al-Aqsa, yang berada di dalam zon kemanusiaan yang ditetapkan oleh IDF,” katanya.

Woodward turut menekankan cabaran yang dihadapi oleh mereka yang cuba melarikan diri, termasuk intimidasi, perjalanan melalui zon konflik aktif dan ancaman serangan udara.

Beliau mengkritik tindakan pihak berkuasa Israel yang menyekat atau melambatkan kebanyakan usaha bantuan kemanusiaan, terutama di utara Gaza, dengan bantuan makanan yang dihantar pada separuh pertama bulan Oktober hampir tiada.

Beliau turut menggesa Israel untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan memastikan bantuan sampai ke seluruh kawasan Gaza, sambil meluahkan kebimbangan tentang usaha undang-undang untuk melemahkan Badan Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), yang merupakan pemain utama dalam respons kemanusiaan.

Dalam pada itu, beliau mengulangi gesaan UK untuk gencatan senjata antara Hezbollah dan Israel, serta menggesa semua pihak mengelakkan korban awam dan memastikan keselamatan anggota Pasukan Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL).

Di Tebing Barat, wakil UK itu menggesa kerajaan Israel menghentikan keganasan oleh peneroka haram dan menghentikan perluasan penempatan haram di tanah Palestin.

“Kami menggesa semua pihak untuk berani dan memilih jalan ke arah keamanan dan masa depan yang lebih baik untuk rakyat mereka.” Katanya lagi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya