Toshiba lancar peti sejuk Japandi, gaya moden minimalis

Toshiba lancar peti sejuk Japandi, gaya moden minimalis

PENGARAH Urusan Toshiba, Stevan Yang (dua kanan) bersama Pengurus Priduk Toshiba, Ng Swee Yen (dua kiri) pada majlis pelancaran peti sejuk Japandi Toshiba di Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Toshiba Malaysia melancarkan produk terbaharu peti sejuk dalam rangkaian Japandi yang menggabungkan teknologi canggih dan reka bentuk elegan seiring dengan permintaan pasaran Malaysia yang cenderung kepada gaya hidup moden. 

Pelancaran peti sejuk Japandi ini dilihat mengukuhkan lagi kedudukan Toshiba sebagai jenama pengeluar kelengkapan elektronik rumah terbaik di negara ini.

Peti sejuk Japandi memaparkan konsep “Kesenian Keharmonian”, menggabungkan reka bentuk Jepun dan keanggunan Scandinavia yang memberikan sentuhan harmoni dan praktikal bagi semua jenis ruang dapur. 

Keunikan peti sejuk Japandi yang mengetengahkan rona-rona semulajadi seperti warna putih dan coklat juga terserlah dengan tekstur yang lembut dan pemegang kayu walnut yang tampil unik.

Elemen minimalis dan praktikal ini direka untuk memudahkan pengguna menjalani rutin harian mereka dengan lebih efisien.

Inovasi teknologi untuk kesegaran makanan  

Pengarah Urusan Pemasaran dan Perkhidmatan Toshiba, Steven Yang berkata, peti sejuk itu dilengkapi ciri-ciri seperti OriginFresh khas untuk penyimpanan daging dan ikan serta Teknologi -1 darjah Celsius Pro Aging yang memastikan bahan-bahan makanan kekal segar lebih lama. 

“Mod Soft-Freeze -3 darjah Celsius membantu mengekalkan tekstur makanan manakala fungsi Deep Freeze mampu membekukan makanan dengan cepat serta menjamin kesegaran dan kualiti.

“Fungsi Deep Fresh juga mampu membekukan makanan dengan kadar segera pada -30 darjah Celsius bagi mengekalkan kesegaran dan kualiti pemakanan,” katanya ketika Majlis Pelancaran Peti Sejuk Japandi di Oga Tea and Dining Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

PELANCARAN peti sejuk Japandi oleh Toshiba di Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

Teknologi mampu tingkatkan kesihatan pengguna  

Steven Yang berkata, peti sejuk Japandi dilengkapi dengan teknologi HydroFresh yang boleh memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran kekal berkhasiat dan segar lebih lama.

Katanya, sistem PureAIR berfungsi menghapuskan 99 peratus bakteria, virus dan etilena serta memastikan bahan makanan dilindungi selama 24 jam. 

“Peti sejuk ini juga menawarkan ciri 60-Minute Quick Ice Making yang merupakan teknologi terpantas dalam industri ini amat sesuai bagi memudahkan rutin harian pengguna yang sibuk.

“Toshiba merupakan jenama paling diyakini pengguna di Malaysia yang banyak membantu pengguna meningkatkan kualiti,” jelasnya.

PENGARAH Urusan Toshiba, Stevan Yang (kiri) bersama pada majlis pelancaran peti sejuk Japandi Toshiba di Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

Harga dan ketersediaan  

Pengurus Produk Toshiba, Ng Swee Yen berkata, peti sejuk itu disediakan dalam dua variasi iaitu model 585L Multi-Door GR-RF695WI-PGY (67) yang berharga RM12,429.

Selain itu, bagi model 580L Multi-Door GR-RF690WI-PGY (67) pula berharga RM12,859 dan kedua-dua model ini boleh didapati di kedai elektronik dan peralatan rumah utama Toshiba di seluruh Malaysia.

Penyempurnaan gaya hidup moden  

Sementara itu pereka dalaman terkemuka negara, Lim Bo Qiang berkata, selaras dengan slogan “Details Matter”, Toshiba amat menekankan konsep ketelitian dan kehalusan pada setiap ciptaan produk mereka. 

Menurutnya, peti sejuk Japandi bukan sahaja direka secara teliti malah setiap butiran dan fungsinya juga diberi penekanan amat tinggi bagi menyempurnakan elemen estetika, moden dan praktikal.

“Peti sejuk Japandi mempunyai teknologi canggih malah merupakan satu produk yang berkaryakan seni selaras dengan konsep kesederhanaan dan keanggunan.

“Setiap elemen peti sejuk ini direka bagi memberi keselesaan dan keharmonian di setiap rumah malah garisan yang kemas, minimalis dan tekstur yang halus menekankan bahawa setiap elemen di rumah juga boleh bertukar menjadi satu karya seni,” jelasnya.

Justeru, rekaan ini jelas mencerminkan peralihan ke arah mencipta ruang rumah yang bukan sahaja praktikal tetapi juga menonjol.

Pilihan utama pengguna di Malaysia

Steven Yang berkata, Toshiba berharap legasi ini boleh diteruskan bagi memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah dan memperluaskan jenama ini di rantau Asia dengan produk yang berkualiti dan praktikal untuk pengguna.

Katanya, ini juga merupakan perintis utama Toshiba untuk meningkatkan interaksi masyarakat dengan penggunaan teknologi yang terkini menerusi produk ciptaan mereka yang pertama iaitu televisyen sehingga mengeluarkan produk elektronik rumah yang lain. 

“Ditubuhkan pada tahun 1875, produk Toshiba telah menyaksikan perkembangan yang positif dan pencapaian penting bagi mempengaruhi kehidupan masyarakat di masa kini. 

“Pelancaran peti sejuk Japandi juga menggambarkan evolusi terkini produk elektronik dan membuktikan komitmen berterusan Toshiba terhadap inovasi dan dan trend pasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN