Timur Lubnan diserang, Netanyahu terus operasi

Timur Lubnan diserang selepas Netanyahu ikrar teruskan operasi tanpa belas kasihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Tentera Israel melancarkan serangan ke timur Lubnan, hari ini, selepas Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu berikrar tidak akan berasa belas kasihan terhadap kumpulan Hezbollah.

Ikrar Netanyahu yang dibuat pada Isnin itu, sehari selepas serangan dron Hezbollah di pangkalan Israel yang meragut nyawa empat tenteranya.

Serangan berkenaan turut menyebabkan 60 yang lain cedera.

“Kami akan terus menyerang Hezbollah tanpa belas kasihan di semua bahagian termasuk di Beirut,” katanya semasa mengadakan lawatan ke pangkalan berhampiran Binyamina, selatan Haifa.

Hezbollah berkata, pejuangnya bertempur dengan tentera Israel yang cuba menyusup ke pinggir kampung Rab Tlatin, hari ini.

Kumpulan itu juga berkata, pihaknya melancarkan peluru berpandu ke arah tentera dan serangan roket bertubi-tubi di utara Israel, manakala tentera Israel melaporkan siren berbunyi berhampiran sempadan. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya