Terzic calon baharu Manchester United

Terzic calon baharu Manchester United

Edin Terzic menjadi calon baharu bagi mengendali Manchester United.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Edin Terzic menjadi antara nama yang telah disenarai pendek untuk menggantikan Erik ten Hag sebagai pengendali Manchester United.

Dia memiliki rekod yang baik apabila berjaya membawa Borussia Dortmund ke final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu sebelum meletak jawatan.

Terzic, 41, mengambil lesen kejurulatihan di England, berkawan baik dengan Graham Potter yang turut menjadi sasaran United.

Pengendali dari Jerman itu juga pernah menjadi pembantu Slaven Bilic di West Ham.

Sepanjang dua musim mengendali Dortmund, dia berjaya mencipta nama bersama pasukan itu
sebelum melepaskan jawatannya Jun lalu.

Dalam pada itu, pengurusan United masih mempertimbangkan kedudukan Ten Hag dan telah memiliki beberapa calon dalam penilaian antaranya, Potter, Gareth Southgate dan Thomas Tuchel.

Pilihan untuk menaikkan ‘pangkat’ legenda kelab dan jurulatih sekarang, Ruud van Nilsterooy juga menjadi satu kemungkinan.

Selain nama-nama di atas, pengendali Ipswich, Kieran McKenna, yang pernah menjadi pembantu Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford, pengendali Brentford, Thomas Frank, Simone Inzaghi (Inter Milan) dan Ruben Amorim (Sporting Lisbon) turut menarik perhatian pengurusan Manchester United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya