Ten Hag pasti kembali - Slot

Ten Hag pasti kembali – Slot

Arne Slot (kiri) bertemu Erik ten Hag ketika pertembungan antara Manchester United-Liverpool di Old Trafford, Manchester pada 1 September lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bos Liverpool, Arne Slot menyatakan Erik ten Hag akan kembali menggalas tugas di ‘sebuah kelab besar’ selepas dipecat oleh Manchester United, baru-baru ini.

Selepas mengendali United selama dua tahun dengan kelab terbabit menduduki tangga ke-14 berikutan kekalahan 2-1 kepada West Ham, minggu lalu menjadi perlawanan terakhirnya.

Ten Hag diselubungi tekanan apabila pasukan kendalian Slot turut menewaskannya 3-0 di Old Trafford, September lalu.

Slot sebagai rakan senegaranya, menyatakan rasa simpatinya kepada Ten Hag selepas disingkirkan oleh United susulan prestasi yang kurang memberangsangkan.

“Beliau (Ten Hag) seorang pengurus berbangsa Belanda yang menjadi lebih sukar untuk saya. Saya bersimpati atas nasibnya. Kami semua berada dalam tugas ini, jadinya kami tahu ianya akan berlaku.

“Saya hanya mengenalinya sediki dan mengetahui beliau bekerja keras. Baginya sudah tentu mengecewakan.

“Bagaimanapun, kami juga tahu betapa bagusnya beliau di Ajax dan sudah meraih dua gelaran di sini. Saya fikir anda akan melihatnya di sebuah kelab besar sekali lagi selepas ini,” kata Slot.

Sementara itu, pengendali Manchester City, Pep Guardiola turut mengasihani terhadap musuh ketatnya itu.

“Saya amat kasihan kepadanya. Ianya salah satu pekerjaan terbaik dalam bola sepak. Hanya ada kami, bukan guru atau arkitek atau sebagainya.

“Saya mendoakan yang terbaik untuknya dan kembali lebih kuat. Jika keputusan tidak cukup. Anda akan dipecat. Tiada siapa yang berbeza, termasuk saya sendiri,” kata Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya