Taufik Hidayat jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia

Taufik Hidayat jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekas juara dunia dan legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pemerintahan Presiden Prabowo Subianto bagi penggal 2024-2029.

Berdasarkan laporan media tempatan, Taufik merupakan salah seorang individu yang dipanggil oleh Prabowo ke kediamannya di Jalan Kertanegara IV, Jakarta Selatan pada Selasa lalu sebelum namanya diumumkan semalam.

“Taufik Hidayat menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan,” kata Prabowo.

Taufik merupakan pemenang pingat emas di Sukan Olimpik Athens pada 2004 diberi tanggungjawab besar untuk meningkatkan kemajuan sukan di Indonesia.

Sejak aktif dalam arena sukan di Republik itu, Taufik dikenali sebagai seorang yang cukup lantang. Beliau sering menyuarakan ketidakpuasan terhadap isu yang dianggap tidak tepat, dalam sukan badminton atau industri sukan Indonesia secara umum.

Taufik merupakan atlet prolifik ketika masih aktif sebelum bersara pada 2013 apabila selain bergelar pemain No. 1 dunia dia juga pernah membantu Indonesia menjuarai Piala Thomas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya