FLORIDA: Taufan Milton yang membawa puting beliung, banjir dan risiko ribut mendarat di Florida.
Taufan itu menyebabkan lebih dua juta rumah dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik dan terdapat beberapa kematian dilaporkan di Pantai Atlantik.
Di St Petersburg, pantai barat negara itu, bumbung stadium Baseball Major League tercabut akibat angin kencang.
Milton yang merupakan taufan kategori lima diturunkan kepada kategori satu, tetapi masih mendatangkan malapetaka.
Milton muncul dua minggu selepas Taufan Helene yang meragut 225 nyawa di Florida, Georgia, Carolina Selatan, Tennessee, Virginia dan Carolina Utara. -BBC