TAIPEI: Taiwan mengambil tindakan menutup operasi pejabat dan sekolah, dengan ribuan penduduk dipindahkan serta pembatalan penerbangan dan perkhidmatan feri menjelang ketibaan Taufan Krathon. Krathon, yang membawa angin kencang dengan kelajuan 173 kilometer per jam (km/j) dan tiupan sehingga 209 km/jam dijangka melanda bandar pelabuhan Kaohsiung di barat daya pada awal pagi Khamis. Menurut Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan, pada pukul 7.00 pagi Rabu, waktu tempatan taufan itu berada kira-kira 160 km di barat daya Kaohsiung. Datuk Bandar Kaohsiung, Chen Chi-mai, menggesa 2.7 juta penduduk bandar tersebut supaya kekal di dalam rumah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya