Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon

Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.

Krathon, yang kini turun ke tahap ribut tropika, melanda Kaohsiung di barat daya, mengakibatkan banjir di jalan-jalan, memecahkan tingkap bangunan dan serpihan berterbangan di tengah-tengah angin yang mencecah rekod kelajuan.

Ketika wilayah lain di Taiwan sudah memulakan semula aktiviti harian, pihak berkuasa di Kaohsiung dan Pingtung, mengisytiharkan satu hari cuti tambahan untuk memberi laluan kepada usaha mengatasi banjir, membersihkan pokok tumbang, dan membuka jalan yang terhalang.

“Kami berharap dapat memulihkan sistem pengangkutan, bekalan air dan elektrik secepat mungkin supaya kerja dan kehidupan dapat kembali normal,” kata Datuk Bandar Kaohsiung, Chen Chi-mai kepada pemberita.

Pihak berkuasa Kaohsiung kini sedang menangani lebih 2,000 pokok tumbang di jalan raya, namun melaporkan hanya dua kecederaan setakat ini.

Hampir 100,000 kediaman di Kaohsiung dan Pingtung, masih tidak mempunyai bekalan elektrik hari ini, sementara 129,000 lagi di Kaohsiung masih terputus bekalan air.

Jabatan bomba melaporkan jumlah korban kekal dua orang, kedua-duanya di pantai timur sebelum taufan melanda, dengan seorang lagi masih hilang dan 667 mengalami kecederaan.

Taiwan telah membuka semula laluan kereta api laju utara-selatan, serta kebanyakan laluan kereta api biasa kecuali dua cabang, namun gangguan pada penerbangan masih berterusan dengan 15 penerbangan antarabangsa dan 88 penerbangan domestik dibatalkan.

Pelabuhan Kaohsiung juga sedang membersihkan beberapa kontena yang terbalik bagi memastikan operasi tidak terjejas, menurut kementerian pengangkutan.

Lapangan terbang Kaohsiung mengalami kerosakan pada dua jambatan udara, manakala lapangan terbang di Pulau Orchid mengalami kerosakan pada alat bantuan pendaratan, namun kedua-duanya masih beroperasi, tambah kementerian itu.

Kerajaan turut menyiasat punca kebakaran di sebuah hospital di Pingtung yang berlaku semasa taufan mendekat, yang mengorbankan sembilan nyawa.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya