Taiwan berjaga-jaga kesan kapal induk China berhampiran perairan

Taiwan berjaga-jaga selepas kesan kapal induk China berhampiran perairannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan kini dalam keadaan berjaga-jaga selepas mengesan kehadiran kapal induk China di perairan negara tersebut pada Ahad, menurut Kementerian Pertahanan.

Pihak kementerian menerusi kenyataan memaklumkan kumpulan kapal induk Liaoning milik China telah memasuki perairan berhampiran Selat Bashi dan berkemungkinan menuju ke arah barat Lautan Pasifik.

Tambahnya, tentera Taiwan berada dalam keadaan siap siaga dan bersedia bertindak jika perlu.

China meningkatkan aktiviti ketenteraan di sekitar Taiwan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk menghantar pesawat tempur dan kapal perang, manakala kapal-kapal China hampir sentiasa berada di sekitar perairan pulau tersebut.

Pengesanan kapal induk Liaoning itu berlaku selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken memberi amaran kepada China agar tidak mengambil sebarang tindakan ‘provokatif’ terhadap Taiwan.

Amaran tersebut menyusul selepas ucapan Presiden Taiwan, Lai Ching-te, semasa sambutan Hari Kebangsaan pulau itu sehari sebelumnya.

Lai, yang digelar ‘pemecah belah’ oleh China, berikrar untuk ‘melawan penjajahan’ dan menegaskan Beijing dan Taipei ‘tidak berada di bawah pemerintahan satu sama lain.’

Selepas ucapan tersebut, China memberi amaran provokasi Lai akan membawa kepada ‘bencana’ bagi rakyat Taiwan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya