Tahanan Palestin meninggal dunia dalam penjara Israel

Tahanan Palestin meninggal dunia dalam penjara Israel

PASUKAN keselamatan Israel cuba menghalang penunjuk perasaan Palestin yang melakukan protes berhampiran sebuah penempatan di Tebing Barat. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Dua organisasi Palestin yang memantau keadaan tahanan Palestin di penjara Israel mengumumkan kematian seorang tahanan di sebuah hospital Israel, pada Ahad.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin dan Kelab Tahanan Palestin melaporkan pihak berkuasa Israel telah memaklumkan kepada pegawai Palestin mengenai kematian tahanan, Mohammed Munir Moussa dari Bethlehem di Hospital Soroka, Israel.

Moussa, 37, ditahan oleh Israel sejak April, tahun lalu dan menderita penyakit diabetes sebelum penahanannya.

Sehingga kini, tiada maklumat mengenai keadaan di sebalik kematiannya, menurut kedua-dua organisasi Palestin tersebut.

Israel menahan lebih 9,600 rakyat Palestin termasuk lebih 5,000 yang ditangkap selepas 7 Oktober, tahun lalu, berikutan tercetusnya peperangan di Gaza, akibat serangan Hamas di selatan Israel, menurut data yang disediakan oleh pegawai Palestin.

Ketua Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin, Qaddura Fares menuduh Israel mengambil tindakan balas dendam terhadap tahanan Palestin selepas serangan oleh Hamas.

Agensinya merupakan sebahagian daripada Pihak Berkuasa Palestin, yang mempunyai kawalan pentadbiran sebahagian di Tebing Barat.

Dengan kematian Moussa, jumlah tahanan Palestin yang meninggal dunia dalam tahanan Israel meningkat kepada 41 orang sejak 7 Oktober, tahun lalu, menurut pegawai Palestin.

Daripada jumlah itu, seramai 24 mangsa berasal dari Gaza.

Sejak Israel menduduki Tebing Barat pada 1967, sebanyak 278 tahanan Palestin dilaporkan meninggal dunia di dalam penjara Israel, menurut organisasi tersebut.

Isu tahanan di Israel telah menjadi perdebatan antara Israel dan Hamas, dengan kumpulan tersebut menuntut pembebasan sejumlah besar tahanan Palestin sebagai pertukaran bagi pembebasan tebusan Israel yang ditawan semasa serangan yang memulakan perang tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya