Syarikat penerbangan tertua dunia gulung tikar

Syarikat penerbangan tertua dunia gulung tikar pada usia 101 tahun

Czech Airlines, salah sebuah syarikat penerbangan tertua di dunia bakal menutup operasinya pada hujung bulan ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Czech Airlines, salah sebuah syarikat penerbangan tertua di dunia bakal menutup operasinya pada hujung bulan ini.

Syarikat penerbangan berusia 101 tahun ini pernah menjadi salah satu syarikat  penerbangan terbesar di Eropah.

Berdasarkan laporan news.com.au, penutupan operasional itu disebabkan merosotnya jumlah penumpang dari tahun ke tahun selain gagal bersaing dengan syarikat penerbangan tambang rendah di samping kesan pandemik Covid-19.

Hingga saat ini Czech Airlines dilaporkan hanya beroperasi di dua laluan sahaja iaitu ke Paris dan Madrid dari Lapangan Terbang  Václav Havel di Praha.

Syarikat penerbangan ini juga hanya memiliki dua buah pesawat Airbus A320-200.

Dijangka, penerbangan terakhir Czech Airlines ini adalah ke Paris pada 28 Oktober nanti, menandakan berakhirnya operasi mereka secara resmi.

Setelah itu operasional akan diambil alih oleh syarikat penerbangan Czech yang lain iaitu, Smartwings.

“Syarikat penerbangan ini telah memaklumkan bahawa operasinya akan ditutup pada 28 Oktober dan akan diambil alih oleh penerbangan Czech yang lain, Smartwings,” lapor portal berita itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN