Suspek kes rasuah gantung diri dalam hutan - Utusan Malaysia

Suspek kes rasuah gantung diri dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG: Seorang suspek kes rasuah pampasan tanah bagi projek Lebuhraya Padang-Pekanbaru ditemukan mati tergantung di sebuah hutan berdekatan Padang Pariaman, Sumatera Barat selepas mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak Selasa lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Padang Pariaman, AA Reggy mengesahkan penemuan mayat tersebut kepada pihak media, semalam.

“Ya, benar mayat mangsa ditemukan tergantung pada pokok di kawasan Parit Melintang,” katanya.

Menurut Reggy, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa mengenai kehilangannya dan sejak itu pihaknya giat melakukan usaha pencarian sebelum ditemukan di dalam hutan.

Tambah beliau, ahli keluarga memberitahu sebelum ini mengenai percubaan bunuh diri yang pernah dilakukan oleh mangsa, namun berjaya digagalkan.

Mangsa merupakan seorang daripada suspek kes rasuah pampasan tanah projek Lebuhraya Padang-Pekanbaru fasa kedua yang telah disabitkan kesalahan oleh pihak Pendakwa Raya Sumatera Barat.

Kes ini dikaitkan dengan projek pembinaan lebuh raya pada 2020, dengan pampasan tanah tersebut diberikan kepada beberapa individu.

Hasil siasatan menunjukkan sebanyak lapan penduduk menerima wang pampasan daripada kerajaan mengenai projek ini.

Pihak pendakwaraya kemudian menetapkan 13 orang suspek, termasuk kakitangan kerajaan, Badan Pertanahan Nasional (BPN), dan pentadbiran kampung (nagari).

Akhirnya, 13 individu dijatuhkan hukuman penjara antra lima hingga enam tahun. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN