Sultan Ibrahim berangkat ke Brunei perkukuh hubungan dua negara

Sultan Ibrahim berangkat ke Brunei perkukuh hubungan dua negara

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah - FACEBOOK RASMI SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengadakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula esok.

Kementerian Luar (KLN) dalam kenyataan memaklumkan, lawatan ini merupakan lawatan negara pertama Sultan Ibrahim ke negara itu sejak menaiki takhta pada 31 Januari lalu.

Menurut Wisma Putra, lawatan itu akan terus mengukuhkan hubungan erat dan istimewa antara Malaysia dan Brunei yang lama terjalin ditunjangi oleh institusi Kesultanan Melayu, agama, budaya, serta ikatan kekeluargaan.

“Ia juga dilihat signifikan dengan ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Brunei,” katanya hari ini.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah akan diraikan dalam Majlis Sambutan Negara di Istana Nurul Iman disusuli dengan kunjungan menghadap Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

“Sultan Ibrahim dan Sultan Hassanal juga telah berkenan untuk menghoskan Majlis Santapan Negara bagi meraikan Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

“Semasa rangka lawatan negara ini, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah juga dijadualkan untuk menghadiri sesi ramah mesra dengan komuniti Malaysia di Bandar Seri Begawan,” ujarnya.

Selain itu, KLN berkata, Raja Zarith Sofiah juga akan mengadakan lawatan ke Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan merasmikan Sudut Penerbitan Malaysia yang mempamerkan penerbitan penyelidikan bersama antara Brunei dan Malaysia.

Untuk rekod, pada tahun 2023, Brunei merupakan rakan dagang ke-30 terbesar Malaysia dan rakan dagang ke-6 terbesar di kalangan Negara Anggota ASEAN dengan jumlah dagangan berjumlah RM9.31 bilion (AS$2.04 bilion).

Bagi tempoh dari Januari sehingga Julai lalu, jumlah dagangan antara kedua-dua buah negara adalah sebanyak RM5.48 bilion (AS$1.16 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya