SUKMA 2026: Selangor sertai 28 acara teras

SUKMA 2026: Selangor sertai 28 acara teras

SUKMA Selangor
MOHD. Najwan Halimi menurunkan tandatangan pada bola sepak pada sambutan Hari Sukan Negara 2024 Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor akan menyertai 28 acara teras pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang bakal berlangsung di negeri ini.

Menurut Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd. Najwan Halimi berkata selaku tuan rumah edisi ke-22, Selangor turut menyasarkan penambahan pingat menerusi beberapa acara sukan lain.

“Kita membuat pascanilai SUKMA Sarawak bersama Majlis Sukan Negeri membabitkan pengurusan serta kesatuan dan hasilnya mengenal pasti beberapa kekuatan dan kelemahan.

“Banyak yang boleh diperbaiki kerana ada sukan yang kurang berpotensi tetapi berjaya hadiahkan pingat walaupun bukan emas. Mereka ini yang kita perlu gilap supaya boleh catat kejayaan lebih cemerlang pada SUKMA 2026,” katanya pada perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Selangor yang dihadiri lebih 2,000 pengunjung, hari ini .

Dalam pada itu, beliau turut mengulas seruan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mahu negeri lain melabur dalam bidang sukan dan bekerjasama dengan kementerian.

“Selangor sememangnya bertanggungjawab untuk mengembalikan negeri sebagai destinasi utama dalam penganjuran sukan sama ada peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

“Contohnya sebelum ini, kita anjurkan kejohanan badminton berpasukan asia dan Selangor turut menawarkan diri menjadi tuan rumah untuk SUKMA pada 2026,” jelasnya.

SUKMA ke-21 berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos lalu menyaksikan Selangor berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul 56 emas, 64 perak dan 61 gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya