Sri Lanka desak putus hubungan Israel, anggota pengaman cedera

Sri Lanka didesak putus hubungan dengan Israel, selepas 2 anggota pengaman cedera

KENDERAAN perisai UNIFIL menjalankan rondaan di sepanjang jalan di al-Khardali di selatan Lubnan, pada 17 September lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Ahli politik dari gabungan pelbagai parti mendesak Sri Lanka memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel selepas dua anggota tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara Asia Selatan itu, mengalami kecederaan akibat serangan.

Tentera Sri Lanka merupakan sebahagian daripada Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) yang bertugas membantu tentera Lubnan mengawal selatan negara itu, yang bersempadan dengan Israel.

Kontinjen Sri Lanka terdiri daripada 125 anggota yang ditempatkan di ibu pejabat UNIFIL di perkampungan Naqoura dan pada Jumaat, tembakan kereta kebal Israel mencederakan dua anggota tentera Sri Lanka.

Jurucakap Tentera Sri Lanka, Brigedier Nilantha Premaratne berkata, anggota mereka sedang menjaga keselamatan di ibu pejabat UNIFIL.

Dua daripada mereka, yang merupakan koperal dari Rejimen Infantri Vijayabahu dan Kor Berperisai, terkena serpihan peluru dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

“Salah seorang dirawat di hospital dalam kem, manakala seorang lagi dipindahkan ke hospital lain dan perlu menjalani pembedahan,” kata Premaratne.

Sumber lain yang terlibat memaklumkan salah seorang tentera berada dalam ‘keadaan serius’.

Insiden ini mengejutkan rakyat Sri Lanka, dengan Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan tersebut. Namun, ahli politik di Colombo menyatakan tindakan itu tidak mencukupi.

Sri Lanka sebelum ini telah dua kali memutuskan hubungan dengan Israel iaitu pada 1971 dan 1992.

Tindakan di peringkat antarabangsa dilihat perlu untuk menghentikan kekebalan Israel dalam menghadapi perang yang membunuh ramai rakyat di Gaza sejak Oktober, tahun lalu, serta pencerobohan ke Lubnan yang bermula dua minggu lalu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya