Sindiket tawaran pekerjaan palsu dalam talian sasar warga UK

Sindiket tawaran pekerjaan palsu dalam talian sasar warga UK

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan sembilan individu dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan dalam talian melalui satu operasi di sebuah premis kediaman di sekitar Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam serbuan pada 9 Oktober lepas, enam lelaki dan tiga wanita warga tempatan berusia antara 17 dan 31 tahun ditahan di sebuah kondominium dipercayai dijadikan pusat panggilan bagi kegiatan sindiket tersebut.

“Sindiket ini menawarkan pekerjaan palsu dalam talian secara pembelian tugasan melalui aplikasi softer-miinow.com dengan dijanjikan komisen 15 hingga 20 peratus bagi setiap tugasan yang berjaya diselesaikan.

“Melalui pemeriksaan yang dijalankan, sindiket ini telah beroperasi sekitar tiga bulan dan didapati terlibat dalam kegiatan tawaran kerja secara atas talian dengan sasaran mangsa dalam kalangan warga United Kingdom,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ, di sini semalam.

Turut dirampas dalam serbuan tersebut lima set komputer, lima laptop, 18 telefon bimbit, satu wifi router, satu buku catatan dan satu kunci bersama kad akses.

Menurut berkata, kesemua ahli sindiket yang terlibat diberikan gaji sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sebulan dan telah diajar cara-cara bekerja selain turut dibekalkan skrip untuk dihafal.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya