Siasatan GISBH: Tidak perlu guna Akta SOSMA - PN

Siasatan GISBH: Tidak perlu guna Akta SOSMA – PN

Petisyen ugutan
TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan tidak menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam penyiasatan melibatkan Global Ikhwan Services Business Holdings (GISBH).

Ketua Whip pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihak kerajaan yang terlibat dalam menjalankan siasatan terhadap GISBH yang didakwa menyebarkan ajaran sesat sebaliknya perlu menggunakan akta-akta sedia ada.

“Kalau ada kes mengenai penyelewengan akidah, ambil tindakan di bawah undang-undang berkaitan. Kalau ada kes melibatkan jenayah, ambil tindakan di bawah kanun jenayah atau yang berkaitan. Kalau (disabit salah) di bawah perniagaan, ada undang-undang tertentu yang boleh digunakan.

“Sebagai contoh, Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Datuk Armizan Mohd. Ali  mengatakan bahawa pendaftaran GISBH boleh terbatal jika langgar peraturan. Jika (GISBH) melanggar peraturan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mereka boleh ambil tindakan. 

“Ia bukan soal perniagaannya ada di 18 buah negara (sehingga) menyusahkan penyiasatan. Ini tidak susah. Tidak perlu menggunakan Akta SOSMA sama sekali dalam kes ini. Kami melihat ini adalah satu pengurusan yang tidak cermat,” katanya pada sesi perbahasan laporan mengenai GISBH di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, pihak kerajaan seharusnya tidak perlu berlebihan dalam menegakkan keadilan terhadap GISBH.

“Saya mengingatkan, jangan berlebihan dan keterlaluan menjamin keadilan terhadap orang yang dituduh kerana seseorang itu tidak bersalah sekiranya belum dibuktikan. Jadi, saya minta pihak kerajaan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi di bawah kementeriannya sedang giat menjalankan siasatan menyeluruh selain menyifatkan ia sebagai satu siasatan yang sukar.

“Sifat siasatan ini sangat kompleks kerana ia turut melibatkan rangkaian syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. 18 negara luar, dan fokus adalah terhadap tujuan untuk menyembunyikan sifat sebenar operasi di depan wajah perniagaan,” katanya.

Saifuddin berkata demikian pada Sesi Penerangan Menteri Dalam Negeri di bawah Peraturan Mesyuarat 14 (1) (i) melibatkan laporan GISBH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya