PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya menamatkan di tempat kesembilan pada acara keirin lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024 di Ballerup, Denmark, awal pagi tadi.
Pelumba berusia 28 tahun itu sebelum ini terkandas di separih akhir selepas mengakhiri perlumbaan di tempat keempat dalam saringan pertama di sekali gus memasuki perlumbaan penentuan tempat ketujuh hingga 12.
Mengikut format perlumbaan, hanya tiga pelumba terbaik layak dari setiap saringan untuk menempah tiket ke final manakala baki selebihnya akan ke penentuang tempat ketujuh hingga 12.
Pelumba Jepun, Kento Yamasaki muncul juara dunia keirin 2024 selepas memintas wakil Israel, Mikhail Yakovlev dan Kevin Quintero dari Columbia yang membawa perak dan gangsa.
Shah Firdaus seterusnya akan berlumba untuk acara pecut lelaki bersama adiknya Muhammad Ridwan Sahrom.
Pelumba wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Anis Amira Rosidi akan beraksi di acara keirin wanita pada Ahad ini. – UTUSAN