GAZA: Agensi Pertahanan Awam Gaza memaklumkan serangan Israel berhampiran Jabalia di utara wilayah itu, meragut 33 nyawa di kem pelarian berkenaan.
Jurucakap Agensi itu, Mahmud Bassal berkata, serangan turut menyebabkan berpuluh-puluh yang lain cedera.
Sumber perubatan di Hospital Al-Awda melaporkan seramai 22 maut dan 70 yang lain cedera selepas serangan terhadap kem Tal Al-Zaatar yang menempatkan pelarian Palestin. -AFP