Saluran minyak Shell bocor di Singapura - Utusan Malaysia

Saluran minyak Shell bocor di Singapura

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Sebuah saluran minyak milik syarikat gergasi Britain, Shell mengalami kebocoran apabila tumpah ke dalam laut, menurut pihak berkuasa Singapura.

Kebocoran itu dilaporkan bermula awal pagi semalam, pada saluran paip yang menghubungkan dua pulau, Bukom dan Bukom Kecil, menurut kenyataan dari Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

“Laporan menunjukkan kebocoran telah dihentikan di sumbernya.

“Shell telah meletakkan boom penahan di lokasi kebocoran dan juga mengerahkan kapal yang dilengkapi dengan bahan penghapus untuk membersihkan minyak yang dilihat di sekitar kawasan kebocoran,” ujarnya.

Pihak berkuasa juga telah mengerahkan peralatan dan pasukan untuk membantu membersihkan limpahan bahan bakar tersebut, serta mengaktifkan dron dan kemampuan satelit untuk memantau kebocoran.

“Agensi kerajaan yang berkaitan telah dimaklumkan untuk melaporkan sebarang penemuan minyak,” katanya sambil menambah tiada ‘penemuan minyak baharu’ sehingga petang, semalam.

Shell mengendalikan sebuah kilang penapisan minyak besar di Bukom dan syarikat itu belum dapat dihubungi untuk memberikan maklum balas.

MPA juga mengeluarkan siaran keselamatan navigasi untuk meminta kapal yang melalui kawasan tersebut supaya menjauh dari lokasi walaupun tiada kesan terhadap keselamatan navigasi.

Jun lalu, Singapura menutup pantai di pulau peranginan Sentosa selepas kebocoran minyak yang disebabkan oleh kemalangan di pelabuhan Pasir Panjang antara sebuah kapal penyedut dan sebuah kapal tangki yang tidak bergerak. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya