Salah ikat Arsenal 2-2 - Utusan Malaysia

Salah ikat Arsenal 2-2

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah meraikan jaringan gol kedua dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Arsenal dan Liverpool di Stadium Emirates, London, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mohamed Salah menjaringkan gol lewat penyamaan ketika Liverpool bangkit dari ketinggalan untuk mengikat Arsenal 2-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

The Gunners bermula cemerlang apabila Bukayo Saka melepasi Andy Robertson untuk melepaskan rembatan kencang melepasi penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher pada minit kesembilan.

Tersentak dengan gol itu, Virgil van Dijk yang menandakan penampilan ke-100nya menanduk masuk bola ke dalam gawang Arsenal pada minit ke-18.

Bagaimanapun, The Gunners mendominasi permainan dan kembali mendahului permainan dua minit sebelum rehat apabila Mikel Merino menanduk masuk gol sulung untuk kelab itu daripada sepakan percuma Declan Rice.

Arsenal yang lumpuh akibat kehilangan William Saliba yang digantung serta Gabriel dan Jurrien Timber akibat kecederaan membolehkan Merseysiders mencari jalan kembali untuk menyamakan kedudukan.

Darwin Nunez melakukan hantaran kepada Salah untuk gol penyamaan Liverpool ketika permainan masih berbaki sembilan minit.

Keputusan itu bermakna The Reds gagal menaiki semula ke atas pendahulu, Manchester City dan kekal satu mata di belakang pasukan kendalian Pep Guardiola itu.

Bagaimanapun, Arsenal naik ke carta kedua liga walaupun sekali gus ketinggalan empat mata di belakang pasukan kendalian Arne Slot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya